PM Tonton Perlawanan Man United & Liverpool Di Singgah Selalu

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ‘memeranjatkan’ orang ramai dengan kehadirannya di Restoran Singgah Selalu di sini, bagi menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Manchester United, malam Ahad.

 

Gambar Perdana Menteri bersama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang sedang menonton perlawanan itu, dikongsi oleh orang ramai melalui laman Twitter.

 

Mohamed Khaled, turut mengabadikan gambar bersama Najib, yang juga peminat setia Manchester United itu, melalui akaun twitternya @khalednordin.

 

Perdana Menteri berada di bandar raya ini bagi menghadiri Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Isnin. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.