Najib Ucap Takziah Atas Pemergian Lee Kuan Yew

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, selepas ayah beliau, Lee Kuan Yew meninggal dunia.

 

Di dalam ucapannya yang disampaikan melalui laman Facebooknya, Najib berkata doa dan ingatan beliau berada di samping Lee Hsien Loong dan keluarganya.

 

“Saya amat berdukacita untuk mendengar tentang kehilangan bapa anda. Ingatan dan doa saya bersama anda dan keluarga anda.

 

“Bagi pihak semua rakyat Malaysia, saya ucapkan takziah kepada semua rakyat Singapura.

 

“Pencapaian Perdana Menteri, Lee Kuan Yew adalah besar, dan legasi beliau terjamin,” katanya.

Najib - Takziah lee Kuan yew

Najib turut menyampaikan ucapan takziahnya melalui laman Twitternya.

 

Bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew, 91 meninggal dunia pada 3.18 pagi (waktu Singapura) pada Isnin, di Hospital Besar Singapura selepas menghidap radang paru-paru kronik. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.