Kenaikan Tambang Teksi Tiada Kaitan Dengan GST

KUALA LUMPUR – Pengumuman kenaikan tambang kadar teksi yang diumum sejak 19 Mac lalu tidak ada kena mengena dengan Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan 1 April ini.

 

Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter, Amran Jan berkata, kadar kenaikan tambang teksi sudah diusul kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan dikaji sejak beberapa lama dahulu iaitu sebelum pelaksanaan GST.

 

“Kali terakhir tambang (teksi) dinaikkan adalah sejak lima tahun dulu. Dalam masa lima tahun, macam-macam barang naik. Minyak pun naik, tapi tambang masih tak naik-naik.

 

“Dulu terpaksa tangguh sebab insiden MH370, kemudian tangguh lagi sebab kemalangan MH17, dan sekali lagi ditangguh kerana insiden banjir besar. Sampai bila lagi nak tangguh,” katanya ketika sidang media hari ini.

 

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 19 Mac lalu mengumumkan penetapan kadar tambang baharu bagi perkhidmatan teksi akan berkuatkuasa dengan serta merta manakala bagi bas ekspres pula, bermula pada 15 Mei ini.

 

Menurut Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar, penetapan kadar baharu itu adalah berikutan berlakunya kenaikan kos termasuk penyelenggaraan, insurans dan kos sara hidup. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.