Bekas PM Singapura Lee Kuan Yew Meninggal Dunia

SINGAPURA – Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew meninggal dunia jam 3.18 pagi tadi di Hospital Besar Singapura akibat penyakit radang paru-paru yang teruk.

 

Pejabat Perdana Menteri Singapura‎ telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan berita kematian Perdana Menteri pertama negara itu.

 

Kuan Yew sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.‎

 

Kuan Yew, 91, dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Besar Singapura sejak 5 Februari lepas kerana menghidap radang paru-paru yang teruk. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.