Ahli Gusti Patah Leher Ketika Beraksi

TIJUANA – MEXICO. Seorang ahli gusti maut akibat patah leher ketika beraksi di atas gelanggang, kelmarin.

 

Pedro Aguayo Ramirez, dikenali sebagai Hijo del Perro Aguayo lembik selepas terkena ‘flying-kick’ pihak lawan, Oscar Gutierrez yang juga dikenali sebagai Rey Misterio Jr.

 

Menurut Dailymail.uk, perlawanan gusti itu berterusan selama dua minit sebelum pihak pengadil dan peserta gelanggang menyedari Ramirez berada di ambang maut.

 

Ramirez kemudian dibawa ke sebuah hospital berhampiran dan disahkan maut pada jam 1.30 pagi waktu tempatan.

 

Kertas siasatan dibuka untuk menyiasat terdapat motif pembunuhan dalam kejadian tersebut. – Sinar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.