Gempar!! Bergaduh Dan Maki Hamun, Bila Penyokong Parti Bertembung

HULU LANGAT 23 Mac – Situasi di luar pusat pembuangan undi Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Sungai Sekamat di sini kecoh apabila peraih undi daripada kedua-dua parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bertembung.

Kehadiran anggota polis bagaimanapun berjaya mengawal keadaan daripada menjadi semakin tegang.

Meskipun begitu, provokosi antara kedua-dua kumpulan penyokong berterusan dengan masing-masing menghamburkan kata-kata kesat.

Berlaku sedikit kekecohan berlaku di luar pusat pengundian SK Seri Selamat di mana penyokong kedua-dua parti BN dan PKR bertelagah mengenai kawasan yang sepatutnya mereka boleh berada untuk memancing undi.

Polis biasa yang berkawal di kawasan itu cuba mententeramkan keadaan namun provokasi antara kedua-dua penyokong semakin menjadi-jadi sehingga anggota FRU terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan.

Sehingga kini keadaan masih terkawal namun pekikan antara kedua-dua parti itu masih berlaku disebabkan masing-masing cuba menlahirkan rasa ketidakpuasan hati.

Kajang 8 Kajang 9 kajang 10 Kajang 11 Kajang 12 Kajang 13

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.