Mangsa Maut Akibat Arak Beracun Meningkat Kepada 84 Orang

GUWAHATI – Sekurang-kurangnya 84 maut akibat meminum arak beracun negeri timur laut India di Assam manakala 200 yang lain dikejarkan ke hospital, Menteri Kesihatan Assam, Himanta Biswa Sarma, hari ini.

Insiden kematian berlaku kurang dua minggu selepas lebih 100 orang maut apabila meminum arak tercemar di utara India.

“Setiap sepuluh minit kami sedang mendapatkan laporan mangsa dari tempat berbeza. Setakat ini, kira-kira 200 orang dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal,” katanya yang memberitahu Reuters menerusi telefon.

“Doktor di daerah berhampiran dan kolej perubatan lain dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menangani krisis terbabit,” katanya lagi selepas melawat mangsa di Jorhat yang terletak kira-kira 300 kilometer dari timur, Guwahati.

Kematian akibat penghasilan alkohol secara tidak sah adalah perkara biasa yang berlaku di India di mana ramai tidak mampu membeli minuman arak yang berjenama.

Angka kematian dalam dua insiden baru-baru ini dipercayai paling buruk sejak kes sama yang membunuh 172 orang di Barat Bengal pada 2011. – Reuters.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.