Rafizi Anggap BR1M Hanya Hadiah Untuk Keluar Beli KFC

Jika betullah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah pendekatan yang salah seperti yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, kenapa pula Pakatan Harapan (PH) menerusi Belanjawan Alternatif 2018 lalu, mahu meneruskan pemberian bantuan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu?.

Jawapannya kerana PH menyedari bahawa BR1M, yang dipekernalkan paa 2012 telah memberi manfaat kepada mereka yang paling memerlukan. Hanya Rafizi yang menganggap ia sebagai pendekatan salah dan masih menganggap ia sebagai taktik politik.

Rafizi menerusi siaran langsung di Live Facebook Sinar Harian berkata kerajaan sepatutny memberi tumpuan untuk mengembalikan semula subsidi kepada rakyat. Beliau sempat menyindir penerima BR1M dengan menganggap bantuan itu sebagai hadiah untuk keluar makan KFC terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah.

“BR1M tidak lagi dilihat sebagai mengimbangi kos sara hidup sebaliknya dijadikan sebagai hadiah untuk keluar makan KFC terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah.

“Kalau daripada segi membantu rakyat, ia boleh diterima. Tetapi daripada segi keberkesanan ekonomi negara, ia bukan suatu yang tepat,” demikian kata Rafizi, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

Alangkah singkatnya pemikiran Rafizi. Mungkin bagi beliau bayaran BR1M yang diberikan itu sedikit tetapi bagi penerima bantuan berkenaan, ia adalah besar nilainya dan dapat membantu meringankan beban.

Hakikatnya BR1M memanfaatkan 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang di seluruh negara. Jika ia adalah satu pendekatan yang salah, kenapa kerajaan Arab Saudi mempertimbangkan untuk melaksanakan bantuan seumpama itu kepada rakyatnya bagi membantu mereka menghadapi harga minyak global yang tidak menentu.

Juga, kenapa Thailand melaksanakan bantuan ala BR1M, yang dilaksanakan dua tahun lepas. Bantuan ala BR1M itu telah diberikan kepada hampir tujuh juta rakyat Thailand yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Mereka ini menerima pemberian wang tunai daripada kerajaan bernilai antara 1,500 hingga 3,000 baht (RM186-RM434).

Bukan itu sahaja, 35 ahli ekonomi United Kingdom (UK) turut menyifatkan BR1M adalah kaedah terbaik membantu perkembangan ekonomi tempatan. Melalui pemberian itu, rakyat akan membelanjakan wang tersebut untuk membeli barangan keperluan dan secara tidak langsung membantu memajukan ekonomi negara.

Justeru apabila PH sendiri, kecuali Rafizi, mengakui akan keberkesanan BR1M maka tiada alasan untuk rakyat menukar kerajaan, kerana apa dilaksanakan BN semuanya untuk manfaat rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.