Jurutera Bertauliah Pro Pembangkang Bersuara Isu Skandal Terowong Pulau Pinang

Tulisan asal oleh:
Eric See-To, Facebook Eric See-To, 23 Februari 2018

Koon Yew Yin, yang diketahui memiliki pendirian pro-pembangkang telah memberikan pendapatnya mengenai Skandal Terowong Pulau Pinang.

Walaupun tidak secara langsung menuduh bahawa projek itu mempunyai rasuah atau penyalahgunaan kuasa, beliau telah menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mematuhi garis panduan perolehan Bank Dunia untuk menjimatkan kos, masa dan untuk mengelakkan kecurigaan rasuah.

Tanpa berkata secara tersirat atau menuduh terdapatnya penyalahgunaan kuasa atau rasuah dalam projek ini, Koon menegaskan bahawa Kerajaan Pulau Pinang tidak mematuhi garis panduan perolehan Bank Dunia ketika menganugerahkan projek terowong mega bernilai RM6.34 bilion itu, yang kini sedang disiasat oleh SPRM dan di mana 4 orang telah ditangkap dan ditahan.

Beliau juga menawarkan beberapa garis panduan tambahan.

“Di samping garis panduan Bank Dunia, saya ingin mencadangkan tindakan perlindungan berikut kerana tender terbuka sahaja tidak akan memastikan sistem perolehan tanpa sebarang penyalahgunaan untuk projek-projek mega.”

“Langkah perlindungan tambahan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sebagai Jurutera Bertauliah dan sebagai ahli Lembaga Jurutera Malaysia selama 3 penggal (2 tahun setiap penggal). Saya juga adalah salah seorang pengasas Mudajaya, Gamuda dan IJM Corporation,” menurut Koon.

Berikut adalah jadual yang menunjukkan perbezaan apa yang Koon cadangkan dan dengan kesalahan apa yang dilakukan Kerajaan Pulau Pinang.


Link asal artikel:
https://www.facebook.com/EricSeeTo/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.