Di Ambang Perpisahan

Dua tahun menyulam cinta, terbaru hubungan penyanyi Liam Payne dan Chery Tweedy dikatakan bermasalah. Pasangan itu dikhabarkan hanya menunggu masa untuk berpisah.

Tidak pasti apa punca sebenar sama ada sudah putus kasih antara mereka atau tidak, namun Liam sendiri berasakan hubungan itu semakin dingin.

Menurut sumber terdekat, ajakan penyanyi berkenaan untuk berbincang dengan Cheryl mengenai perkahwinan kerap tidak diendahkan.

Sejak menimang cahaya mata mereka, Bear, tahun lalu, bekas anggota One Direction itu mula serius untuk melangkah ke fasa seterusnya. Dia dikatakan berhasrat untuk memperisterikan Cheryl.

Bagaimanapun, hasratnya terbantut apabila kekasihnya itu kerap mengelak setiap kali dia menyuarakan topik berkenaan.

“Liam berasa semakin jauh dengan anak lelakinya itu dan mahu hubungannya dengan Cheryl berhasil. Disebabkan itu dia terfikir untuk berbincang mengenai perkahwinan dengannya.

“Bagaimanapun, Cheryl seakan-akan tidak berfikir ke arah itu dan mengesahkan tidak mahu mengikat komitmen. Dia rasa ia satu pukulan yang besar buatnya.

“Realitinya, kerjaya solo Liam juga menuntut jadualnya lebih padat sekarang. Cheryl pula banyak menghabiskan masa di rumah sebagai ibu,” katanya.

Berikutan semakin sibuk dengan aktiviti seninya, perkara itu dikatakan memberi kesan kepada Cheryl sendiri.

“Ia memberi tekanan kepadanya serta hubungan mereka sehingga masing-masing semakin rasa jauh.

“Tiada siapa dapat memastikan sama ada mereka boleh memperbaiki semula hubungan itu atau tidak,” kata sumber berkenaan.

Pasangan itu mula menjalin cinta sejak 2016 dan kisah hubungan mereka tidak terlepas daripada kontroversi.

Bukan saja kerana perbezaan umur, tetapi hubungan cinta mereka juga disifatkan cukup mengarut. Lebih-lebih lagi apabila Cheryl belum bercerai secara rasmi dengan suaminya Jean Bernard Fernandez-Versini.

Bekas suaminya itu mendakwa Cheryl curang dengannya semata-mata untuk bersama Liam.

Menurut sumber, Jean dimaklumkan Cheryl mula intim dengan Liam sejak dua bulan sebelum mereka berpisah.

Pasangan itu menimang cahaya mata pada 22 Mac tahun lalu.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.