Video: ‘Kami Akan Protes Jika Korea Utara Masih Tidak Hormati Malaysia’ – Azwan Bro

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun menegaskan pihaknya akan melakukan protes sekiranya Kedutaan Korea Utara sekiranya negara itu tidak menghormati undang-undang dari hasil siasatan Malaysia ke atas kematian abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2), dua minggu lalu.

 

Beliau berkata, seharusnya Korea Utara menghormati institusi, kepimpinan dan rakyat negara ini, serta tidak menyalahkan Malaysia di atas keraguan siasatan serta menuduh Malaysia bersekongkol dengan Korea Selatan bagi menutup skandal rasuah pemimpin itu.

 

“Jika mereka masih tidak menghormati undang-undang institusi, kepimpinan dan rakyat negara ini, kami akan lakukan protes menyatakan bantahan,”katanya yang ditemui selepas menyerahkan memorandum kepada kedutaan Korea Utara, di sini, sebentar tadi.

 

Dalam pada itu, beliau bersama beberapa NGO juga menggesa kerajaan supaya membatalkan perjanjian bebas visa serta mempertimbangkan semula hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara.

 

 

Gesaan itu dibuat berhubung tuduhan Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol yang menuduh Malaysia bersekongkol dengan Korea Selatan untuk mengalihkan perhatian berhubung krisis yang menyelubungi kepimpinan Korea Selatan.

 

“Malaysia sebuah negara yang berdaulat, kami tidak akan bertolak ansur dengan dengan mana-mana perbuatan pencerobohan, tidak menghormati institusi, kepimpinan dan rakyat negara ini.

 

“Kita gesa supaya kerajaan Malaysia membatalkan perjanjian bebas visa dengan Korea Utara. Kita juga gesa supaya kerajaan Malaysia mempertimbangkan semula hubungan diplomatik dengan Korea Utara.

 

“Permintaan ini kerana menunjukkan kemarahan dan rasa tidak puas hati apabila undang-undang Malaysia dipersoalkan oleh negara asing,” katanya.

 

Terdahulu, Azwan bersama kira-kira 30 orang dari pelbagai pihak menyerahkan nota bantahan kepada kedutaan Korea Utara.

 

Hubungan antara Malaysia dan Korea Utara menjadi semakin tegang berikutan isu pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada Presiden Korea Utara, Kim Jong-un.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.