‘Suami Mampu Sara Saya’ – Jihan

 

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara Jihan Muse menolak pandangan segelintir pihak kononnya dia terpaksa menanggung kehidupan suami yang juga pelakon, Ungku Hariz dalam perkahwinannya hampir setahun.

 

Tegas Jihan, 34, orang luar tidak layak mempersoalkan kemampuan Ungku Hariz untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami melainkan dirinya sendiri, petik Mstar.

 

“Sehingga hari ini kami tak ada masalah. Soal nafkah juga tiada masalah, makan, minum, pakai semua cukup.

 

“Apa yang patut dia beri semua tak ada masalah. Ungku Hariz mampu sara Jihan,” katanya.

 

Tambah Jihan, dia juga tidak bersetuju jika pihak luar menilai kebahagiaan rumah tangga berdasarkan pendapatan mereka.

 

Ia disebabkan Jihan kelihatan lebih banyak menonjol dalam bidang lakonan dan pengacaraan berbanding suaminya itu.

 

“Rezeki siapa yang lebih… itu hal masing-masinglah,” katanya.

 

Dalam pada itu menurut Jihan, sebagai isteri yang bekerjaya, dia juga mempunyai tanggugjawab untuk tidak menyusahkan pasangan dengan pelbagai permintaan yang tidak munasabah.

 

“Saya bukan wanita yang high maintenance. Saya tak guna barangan mewah, saya lebih gemar memilih gaya streetwear.

 

“Tapi kalau saya berkeinginan barangan yang mahal, saya ada duit dan boleh beli sendiri,” katanya.

 

Sementara itu bercerita mengenai perancangan keluarga, Jihan memberitahu bahawa dia sentiasa bersedia untuk menimang cahaya mata.

 

“Saya tidak merancang, tapi kami menunggu rezeki untuk dikurniakan anak. Saya tak kisah bila-bila pun,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.