Song Hye Kyo Tertekan, 35 Tahun Masih Belum Berkahwin

Bintang Autumn In My Heart, Song Hye Kyo akui tertekan kerana masih belum berkahwin pada usia mencecah 35 tahun.

 

Menurut pelakon cantik ini, dia berhadapan dengan masa yang agak sukar apabila hampir semua rakan-rakannya sudah berkahwin dan berkeluarga, petik AstroGempak.

 

“Saya menghadapi masa yang agak sukar juga. Susah nak jumpa kawan yang sama status dengan saya kerana kebanyakannya sudah berkeluarga.

 

“Saya juga rasa seperti hilang rasa perasaan ingin berkahwin selepas mendengar pelbagai cerita mengenai perkahwinan,” katanya.

 

Menurutnya, dia tidak memahami bagaimana orang bercinta boleh menjadi kawan baik selepas hubungan itu gagal diselamatkan.

 

“Selalunya saya akan memberi sepenuh komitmen kepada hubungan cinta saya tetapi tidak pernah berpatah balik jika hubungan itu gagal.

 

“Bagi saya jika, hubungan itu sudah tidak berhasil, tidak mungkin ia akan berhasil lagi di masa akan datang,” katanya lagi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.