Shiha Tidak Suka Lepak Kelab Malam, Tolak Watak Gadis Liar

PETALING JAYA – Penyanyi Shiha Zikir mengakui antara sikapnya yang mungkin berbeza dengan orang lain apabila dia tidak gemar menghabiskan masa melepak dan melakukan perkara tidak berfaedah.

 

Shiha, 30, berkata, dia juga tidak pernah bersosial di kelab malam seperti muda-mudi lain, petik Mstar.

 

“Saya seorang yang kuat bekerja dan sejak tamat sekolah lagi saya sudah mula bekerja menanggung keluarga, jadi masa untuk melepak memang tiada.

 

“Kalau keluar dengan kawan-kawan pun selalunya tidak lama kerana saya akan fikir fasal kerja, selain itu, saya tidak pernah pergi ke kelab malam kerana tidak berminat untuk bersosial.

 

“Kalau ingin menonton live band pun hanya di tempat yang terbuka,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, dia turut mengakui menolak tawaran berlakon drama dengan watak gadis liar berikutan tidak mahu terpalit dengan persepsi negatif berkenaan.

 

“Saya ada menerima tawaran drama yang perlu membawa watak gadis liar dan terlalu sosial tapi saya tolak.

 

“Saya tidak suka dan tidak mahu akan dilihat dengan imej liar kerana saya sendiri tidak pernah melalui siatuasi itu,” ujarnya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.