Zeti Sedia Beri Kerjasama

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata beliau sedia bekerjasama bagi membantu siasatan mengenai dakwaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh bank pusat itu pada sekitar tahun 1990-an.

 

Zeti berkata, isu tersebut bagaimanapun tidak pernah dibangkitkan sepanjang tempoh 16 tahun beliau memegang jawatan sebagai gabenor, lapor Utusan.

 

“Bank pusat telah melaksanakan pengurusan risiko dan struktur tadbir urus yang ketat untuk memastikan perkara seperti itu tidak berlaku lagi, “katanya.

 

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancara buku Universiti Kewangan Islam Global (INCEIF) di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.