Ruhainies Tak Peduli, Netizen Kecam Video Cium Adik

Pelakon Ruhainies tidak peduli kecaman netizen sejak rakaman videonya mencium dan memeluk mesra adik lelakinya jadi tular di media sosial.

 

Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farihah Zainul Ilyas, 25, mengakui hubungan dengan adik lelaki bongsu, Nul Aiman, 16, memang terlalu rapat, petik Metro.

 

“Saya tak ambil pusing mengenai komen buruk yang diberikan oleh sesetengah pengguna internet yang tidak bertanggungjawab. Bagi saya, perkara tersebut tiada salahnya.

 

“Semua yang kenal saya tahu mengenai hubungan rapat saya dengan adik dan ahli keluarga lain. Orang yang rapat dengan adik beradik pun akan melakukan perkara yang serupa,” katanya.

 

Sehubungan itu, Ruhainies tidak menyesal memuatnaik video tersebut.

 

“Mungkin kerana saya seorang pelakon, perkara tersebut dipandang menerusi sudut berbeza. Saya hanya menonjolkan kemesraan dengan adik saya. Orang lain pun akan buat perkara yang sama jika mereka rapat dengan adik mereka.

 

“Niat saya baik. Saya langsung tidak menyangka yang rakaman video tersebut menjadi satu isu besar yang menjadi pertikaian sesetengah pihak,” katanya lagi.

 

Video dimuatnaik di laman Instagram milik Ruhainies itu memaparkan adik lelakinya mencium pipi sambil memeluk Ruhainies sebelum mereka sekeluarga menunaikan ibadah umrah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.