Rosmah Kongsi Koleksi Busana Batik, Songket Peribadi Di HKK

 

KUALA LUMPUR – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini merasmikan Hari Kraf Kebangsaan 2017 (HKK 2017) yang akan disertai 400 usahawan kraf tempatan bermula semalam sehingga 6 Mac ini.

 

Beliau berkata, acara tahunan yang masuk tahun ke-15 itu sangat dekat di hati beliau dan berharap kelainan dari segi produk, rekaan serta proses pembuatan sebagai usaha ke arah pengkomersialan industri kraf dapat ditampilkan untuk tahun ini, lapor Utusan.

 

“Demi menyatakan sokongan padu terhadap acara tahunan yang ditunggu-tunggu ini, saya amat berbesar hati dan telah bersetuju untuk mempamerkan koleksi peribadi busana batik dan songket saya melalui pameran Busana Perdana.

 
“Harapan saya, pameran ini akan terus menggalakkan para usahawan untuk menghasilkan batik dan songket yang lebih bermutu, kreatif dengan corak dan warna yang kontemporari dan mengikut peredaran semasa,” katanya.

 

Turut hadir, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Mas Ermieyati Shamsudin.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.