Raja Muda Selangor Dipilih Presiden FAS Hari Ini?

SHAH ALAM – Adakah Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah akan dipilih presiden baru Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) hari ini?

 

Itu persoalan yang timbul menjelang Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) di Shah Alam hari ini apabila difahamkan Tengku Amir akan menghadiri pemilihan itu sekali gus kemungkinan menyaksikan naib Presiden FAS Datuk Seri Subahan Kamal menarik diri merebut jawatan presiden.

 

Menurut sumber rapat persatuan itu, Tengku Amir yang juga Penaung Diraja FAS dijangka hadir pada mesyuarat itu dengan beliau bersedia menawarkan diri untuk menerajui badan induk negeri itu.

 

“Kemungkinan EGM esok (hari ini) bakal menyaksikan kehadiran Tengku Amir dan baginda mungkin dilantik Presiden FAS.

 

“Tapi itu bersyarat dengan Tengku Amir tidak mahu orang politik terbabit secara langsung atau tidak. Sekiranya permintaannya tidak diterima Exco, Tengku Amir mungkin menolak. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.