Polis Siasat Restoran Korea Utara Jadi Pusat Risikan

JAKARTA – INDONESIA. Polis Indonesia akan menyiasat sebuah restoran Korea Utara di Jakarta yang disyaki dijadikan sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti risikan.

 

Menurut Komisioner Kanan Polis Indonesia, Argo Yuwono berkata, beliau akan menyelaraskan usaha kerjasama bersama dengan Kementerian Luar, sebelum melakukan apa-apa tindakan.

 

Katanya lagi, untuk tindakan awal pihaknya akan meneliti lesen restoran berkenaan.

 

“Kita perlu tahu terlebih dahulu apa perniagaan mereka dan siapa pemiliknya.

 

“Terdapat peraturan-peraturan yang berlainan bagi perniagaan yang dimiliki oleh warga Indonesia dan yang dimiliki oleh warga asing, ” katanya seperti dilaporkan The Jakarta Post.

 

Sebelum ini, AsiaOne melaporkan Agensi Perisikan Korea Utara (RGB) telah beroperasi di Indonesia sejak dua dekad lalu.

 

Memetik sumber tanpa nama, portal berita berkenaan melaporkan RGB menjalankan operasi kilang tekstil di bandar-bandar besar di Indonesia, termasuk Jakarta.

 

Ia juga melaporkan bahawa sebuah bilik di atas restoran Korea Utara di Jakarta Pusat adalah sebahagian daripada pejabat agensi itu di Indonesia.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.