Pengurus Besar Kanan MAHB Direman Empat Hari

PUTRAJAYA – Pengurus Besar Kanan, Bahagian Sumber Manusia Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukannya dengan meluluskan peruntukkan kira-kira RM80,000 bagi tujuan rawatan kecantikan kulit serta pelangsingan badan untuk diri sendiri ditahan reman selama empat hari mulai hari ini.

 

Majistret Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman membenarkan tahanan reman tersebut sehingga 26 Februari ini.

 
Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 23 ASPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.