Mak Nyah Maut Ditetak dan Ditembak

KUANTAN – Mayat seorang mak nyah dipercayai ditembak dan ditetak ditemui di Jalan Pasar, dekat sini, awal pagi tadi.

 

Mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti itu dianggarkan berusia dalam lingkungan 20-an, maut di tempat kejadian dan ditemui orang awam kira-kira jam 5 pagi.

 

Difahamkan, selain dipercayai ditembak, mangsa turut ditetak pada bahagian tangan.

 

Sumber berkata, anggota Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang yang bergegas ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian akibat parah.

 

“Sehingga kini tiada sebarang tangkapan dilakukan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut masih dilakukan. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.