Korea Utara Salahkan Malaysia Rakyatnya Mati

SEOUL – Korea Utara berkata, Malaysia seharusnya dipersalahkan atas kematian warga negaranya, minggu lalu dan menuduh kerajaan menunjukkan ‘sikap tidak mesra’ berdasarkan senario yang diberikan Korea Selatan.

 

Agensi berita Korea Utara KCNA menyebut, Malaysia pada mulanya memaklumkan kepada Pyongyang, seorang individu yang membawa pasport diplomatik meninggal dunia akibat serangan jantung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2), 13 Februari lalu.

 

Namun, pihak berkuasa Korea Selatan dan Amerika Syarikat percaya Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dibunuh ejen Korea Utara. – REUTERS/BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.