‘Kalau Saya Jadi Hadi, Saya Akan Bela Mahfuz dan Husam’ – Salahuddin Ayub

“KALAU saya jadi Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), saya akan bela dua (jenis) manusia dalam parti iaitu (Datuk) Husam Musa dan (Datuk) Mahfuz Omar!”.

 

Itu reaksi Salahuddin ketika diminta mengulas isu Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang kini berdepan desakan keluar daripada Pas.

 

Katanya, manusia seperti Mahfuz dan Penasihat Amanah, Datuk Husam Musa yang sebenarnya memberi kelebihan kepada Pas.

 

“Husam dan Mahfuz tahu kelemahan dan kesilapan kami,” katanya.

 

Beliau berkata, Amanah tidak ada masalah untuk menerima Mahfuz menyertai Amanah pada bila-bila masa.

 

“Pintu Amanah sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk Mahfuz.

 

“Tetapi itu terpulang kepada beliau sama ada mahu kekal dalam Pas atau sebaliknya,” katanya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.