Imigran Bunuh Diri Selepas Diusir

 

WASHINGTON – Seorang lelaki Mexico yang diusir dari Amerika Syarikat (AS) kelmarin bertindak membunuh diri dengan terjun dari sebuah jambatan yang memisahkan kedua-dua negara.

 

Anak kelahiran negeri Sinaloa di Mexico, Guadalupe Olivas Valencia, 44, mati selepas terjun dari jambatan itu, kata pihak berkuasa. Dia terjun pada ketinggian 100 meter.

 

Beberapa saksi berkata, Guadalupe berada dalam kea­daan amat tertekan selepas diusir ke Mexico untuk kali ketiga.

 

Tragedi itu berlaku selepas Presiden Donald Trump berjanji akan mengusir berjuta-juta pendatang tanpa izin (PATI) yang tinggal di AS.

 

Trump sebelum ini menggelar imigran Mexico sebagai penjenayah dan berjanji akan meningkatkan pengusi­ran PATI, membina tembok di sepanjang sempadan AS-Mexico dan menyekat rakyat dari tujuh negara berpenduduk majoriti Islam daripada memasuki negara kuasa besar itu.

 

Beliau menyalahkan kebanjiran PATI sebagai punca kadar pengangguran yang tinggi di AS. – AFP

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.