Fathia Tidak Kisah Dikritik Cara Pemakaiannya

KUALA LUMPUR – Pelakon Fathia Latif tidak marah dan menyifatkan kritikan yang diterima mengenai pemakaiannya semenjak bertudung, sebagai berasas.

 

Jelasnya sebagai seorang yang masih belajar, dalam masa yang sama dia memerlukan masa untuk benar- benar selesa dengan setiap pemilihan fesyen yang dikenakan, petik Utusan.

 

“Saya tidak marah dengan mereka yang mengkritik mengenai cara saya mengenakan tudung dan sebagainya.
“ Saya akui pada awalnya ketika mengenakan tudung saya begitu “ekstrem”. Ketika itu saya berfikiran perlu menjaga setiap perkara dalam pemakaian. Saya yang tanam imej itu dalam fikiran mereka,”katanya.

 

Menurut Fathia, ketika ini dia masih mencari keserasian dalam penghijrahanya. Malah jelasnya apa yang lebih penting kini adalah untuk memastikan dia terus belajar untuk menjadi seorang yang lebih baik.

 

“Bagaimanapun bila saya faham Islam itu mudah, akhirnya apa yang penting kini adalah perubahan yang datang secara perlahan-lahan.

 

“Sekali gus memastikan diri saya benar- benar selesa dahulu. Saya tidak mahu dikemudian hari ada perasaan memberontak dalam diri, itu yang cuba saya elakkan,”jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.