China Cadang Bina 50,000 Akademi Bola Sepak

BEIJING – Persatuan Bolasepak China (CFA) bercadang membina 50,000 buah akademi bola sepak menjelang 2025, selaras hasrat kerajaan yang mahu melihat skuad kebangsaan negara itu menjadi kuasa besar sukan pada masa depan.

 

Hasrat itu dinyatakan Timbalan Presidennya, Wang Dengfeng, dan ia adalah cadangan jauh lebih besar berbanding pelan asal penubuhan 20,000 buah akademi bola sepak menjelang 2020.

 

Kenyataan Wang yang dipetik media tempatan hari ini mengesahkan, setiap akademi bola sepak akan mengambil purata 1,000 pelatih selaras rancangan kerajaan China mahu melahirkan 50 juta pemain bola sepak handalan menjelang tempoh berkenaan.

 

Meskipun masih bergelut di peringkat serantau, Presiden Xi Jinping memiliki keazaman memajukan sukan bola sepak dengan menjadikannya sukan kebangsaan yang diberi keutamaan.

 

Beliau juga berjanji pasukan kebangsaan layak ke pusingan akhir Piala Dunia seterusnya menjadi tuan rumah Piala Dunia dan muncul juara kejohanan paling berprestij itu. – Agensi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.