Bekas Peguam Cabul Gadis Kelantan Di Jel

 

KOTA BHARU – Perbuatan seorang bekas peguam lelaki yang mencabul punggung anak perempuan pemilik kedai kek di sebuah pasar raya di sini, dua tahun lalu dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

 

Hakim Nazir Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Tay Kiang Heong, 47, selepas tertuduh didapati bersalah di akhir kes pendakwaan, petik Kosmo.

 

Mengikut pertuduhan, Kiang Heong didakwa telah menggunakan kekerasan terhadap Yeap Woan Tyng, 34, dengan niat mencabul kehormatan mangsa di sebuah kedai beralamat Kedai Kek Cintaku, cawangan pasar raya KB Mall, Jalan Hamzah di sini semalam pada pukul 9.30 malam, 15 Julai 2015.

 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sampai 10 tahun, atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada itu, jika sabit kesalahan.

 

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd. Arshad memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman berat dan setimpal sebagai pengajaran.

 

“Sebagai seorang peguam, tertuduh kena tahu kesalahan mencabul tidak patut dilakukan kerana ia adalah kesalahan yang serius.

 

“Kejadian cabul ini bukan sahaja mencemarkan maruah mangsa, malah selepas kejadian tersebut tertuduh kerap mengganggu mangsa hingga me­ngakibatkan mangsa trauma,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.