Video: Ustaz Hina Polis Kena ‘Sekolah’ Dengan Rani Kulup

Kuala Lumpur – Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah, Abdul Rani Kulup Abdullah menasihati golongan ustaz agar lebih berhati-hati ketika menyampaikan ceramah.

 

Menurut Abdul Rani ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi turut menggesa agar mereka mendapatkan kursus bagi mengelakkan perkara yang sama berulang.

 

 

“Laporan polis saya hari ini terhadap ustaz yang mengata dan mengutuk polis bodoh dan bangang, kedua dia mengatakan siapa yang mengunakan kereta dan membayar bunga (interest) seperti menunggang babi… sepatutnya dalam masjid dia sebenarnya dia tidak boleh meninggikan suara kena perlahan ketika berceramah.

 

“Saya menyeru kepada seluruh penceramah agama supaya berhati-hati untuk mengeluarkan kata-kata dan jangan menyinggung perasaan orang lain kalau tak faham (pergi) kursus dengan pihak berkuasa seperti Jakim, Jawi dan sebagainya,” katanya ketika ditemui SuaraTV sejurus selepas membuat laporan di hadapan ibupejabat polis (IPD) Dang Wangi pagi tadi.

 

Abdul Rani turut meminta Nahar Afandi Ghazali untuk memohon maaf kepada seluruh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan rakyat Malaysia atas dosa yang dilakukan itu.

 

“Saya berharap pihak berkuasa dan (pengurusan) masjid agar jangan benarkan penceramah yang mengunakan maki-hamun, penghinaan, memfitnah dan pembongan kerana ini sangat besar dosanya kalau tak minta ampun pada seluruh anggota PDRM dan rakyat Malaysia, ustaz ini akan menanggung dosa buat selamanya.

 

“Saya puji cara ustaz Azhar Idrus ketika berceramah sebab orang ramai pergi dengar, walaupun pedih tetapi ada kelakarnya, inilah caranya jangan terus hentam dan tibai kerana tak ada masalah yang tak boleh selesai kalau kita tahu cara untuk tarik pendengar” ujarnya pula.

 

Terdahulu Nahar mendakwa tindakan anggota polis yang bertugas ketika solat Jumaat adalah bertentangan dengan hukum Islam dan gaji yang diperolehi oleh mereka adalah haram.

 

Beliau di dalam ceramah yang sama turut menyifatkan kenderaan yang dinaiki oleh rakyat di negara ini seperti babi kerana mengunakan perkhidmatan bank yang  mengamalkan amalan riba.

 

Rata-rata pengguna Facebook kemudiannya menyifatkan kata-kata nista yang dituturkan itu bukan merupakan sebahagian daripada Islam sambil menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.