Video: TMJ Bersalam Guna Sarung Tinju

Johor Bharu: Video Tindakan yang luar biasa Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah bersalaman dengan dua orang wanita menggunakan sarung tangan tinju telah menjadi viral di kalangan pengguna laman sosial.

 

Tindakan TMJ memuat naik video yang berbaur sindiran itu telah mencetuskan reaksi yang pelbagai dari kalangan netizen dan ramai diantara mereka mempersoalkan tindakan TMJ seperti mempermainkan agama.

 

Antara pemilik akaun facebook yang kurang senang terhadap video tersebut ialah  Engku Farah yang telah memuat naik komen yang berbaur sindiran terhadap tindakan TMJ itu.

 

“Dia ni buat video seolah olah persenda hukum islam, troll orang melalui video, orang lain cuma nasihatkan saja, tak perlu kot buat video , tak kira la hang raja ka puteri ka, jgn kecam.” katanya.

 

Gelecohh Rell juga turut memuat naik komen yang menyatakan tindakan pengguna laman sosial yang mengkritik TMJ adalah kerana mereka menyayangi baginda.

 

“Tunku bakal jadi Raja/Sultan…tunjuklah contoh yang baik pada rakyat. Tunku biasa mengkritik pengurusan fam, Tunku biasa mengkritik ahli-ahli politik…jadi bila tiba masa rakyat menegur perlakuan Tunku jangan la cepat melatah. Rakyat menegur tu tanda rakyat sayang dan mahu membetulkan kesilapan Tunku sepertimana Tunku menegur dan mengkritik org lain.” tulisnya dalam komen yang dimuat naik.

 

Namun ada juga netizen yng menyokong tindakan TMJ dan memberi sokongan terhadap kecaman yang telah diterimanya seperti yang dilakukan oleh Muhammad Akif.

 

“Terimalah teguran dengan hati terbuka .. jangan disebabkan satu kesalahan kita lupakan seribu sumbangan TMJ pada semua especially bolasepak johor.”

 

Mohd Nordin juga turut menyokong dan memberi kata semangat kepada TMJ terhadap kecaman yang diterima di laman sosial.

 

“Daulat tuanku….tak apa…yang penting nawaitu ….siapa kita nak hukum sesama manusia…hanya Allah sahaja yang tahu niat kita…kipidap tuanku….walaupun saya bukan orang johor dan bangsa johor…tetapi saya bangga tengok TMJ dgn rakyat jelata…tuanku berjiwa rakyat…salute and respect TMJ….semoga allah sentiasa melindungi serta memelihara tuanku dan keluarga….amin.”

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.