Video: Ketua Penerangan Umno Enggan Ulas Gesaan Gantung Muhyiddin

Kuala Lumpur – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa enggan memberikan sebarang ulasan berhubung gesaan untuk mengantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden parti.

 

“Saya telah buat keputusan untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung gesaan tersebut kerana saya dalam Biro Politik, jadi kamu tanya pada ahli-ahli Majlis Tertingi yang lain,” katanya kepada SuaraTV disini, petang tadi.

 

 

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz semalam memberi peluang terakhir kepada Muhyiddin supaya tutup mulut daripada mengkritik Presiden atau berdepan dengan tindakan disiplin parti.

 

“Ini amaran terakhir kepada Muhyiddin. Kita tidak lagi terima sikapnya.

 

“Jika beliau tidak boleh bekerja sebagai satu pasukan dan berterusan menyerang Presiden parti, saya akan usulkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) akan datang supaya menggantung jawatannya sebagai Timbalan Presiden,” kata Nazri seperti dilaporkan portal itu.

 

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, sebagai Muhyiddin berhenti menyifatkan dirinya sebagai ‘pemimpin yang diutuskan tuhan’ untuk menyelamatkan Malaysia.

 

Katanya, sikap angkuh Muhyiddin menyebabkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak disukai dalam parti.

 

“Jangan terlebih yakin anda kuat. delegasi UMNO yang mengundi anda dalam pemilihan lalu tidak ambil peduli pun apabila anda digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

 

“Saya salah seorang daripadanya (delegasi yang mengundi Muhyiddin). Kebenarannya ialah Muhyiddin tidak berfungsi sebagai Timbalan Presiden seperti yang diharapkan,” kata Nazri.

 

Sabtu lalu, Muhyiddin memberi amaran kepada Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan MT agar tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap dirinya jika tiada bukti beliau melanggar peraturan dan Perlembagaan parti. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.