Video Budak Cium Tangan Bapa Sebelum Letupkan Diri

Aleppo (Syria) – Video yang memaparkan seorang budak lelaki berusia 11 tahun mencium tangan bapanya sebelum meletupkan dirinya.

 

Budak lelaki yang dikenal pasti sebagai Abu Imara Al Omri, memandu sebuah trak ke bandar Ghazi berhampiran Apeppo turut membawa bom untuk menyerng tentera Syria.

 

Dalam video berkenaan, budak tersebut serta bapanya dilihat memeriksa trak tersebut dan mengajar anaknya membawa trak tersebut dan kemudian mencium tangan bapanya serta berpelukan.

 

Trak itu kemudiannya meletup dengan kepulan asap yang tebal dari jauh.

 

Pada ketika ini, ISIS menggunakan taktikal baru dalam peperangan dengan menggalakkan kaum ibu menghantar anak mereka menyertai ISIS dan kanak-kanak tersebut telah dilayan seperti militan dewasa.

 

Terdapat beberapa kem yang dikhususkan untuk ‘tentera cilik’ tersebut kerana ISIS telah menyifatkan kanak-kanak tersebut sebagai generasi anggota militan yang baru.

 

Menurut kajian, sepanjang 13 bulan, sebanyak 39 peratus daripada 89 orang kanak-kanak  mati setelah meletupkan diri menurut laporan The Daily Mail.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.