Pengikut Ahli Sunnah Gesa Zamihan Seru Jin Culik Mufti Perlis

Kuala Lumpur – Seorang pengikut ahli sunnah, menggesa agar Zamihan Mat Zin mengunakan semua jin yang ada untuk menculik Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan meletakkannya di penjara Kajang.

 

Khalid Yong melalui ruangan komen di Facebook berkata tindakan itu bertujuan untuk menghenti Asri dari menubuh beliau menganut fahaman Syiah.

 

“Syeikh Dr Zamihan semua pengikut ahlul-hadith (ahli sunnah wal jamaah) seramai 15 juta orang berada dibelakang anda, memandangkan kamu (Zamihan) boleh berhubung dengan jin seramai 4,000 ekor dan mereka semua takutkan kamu, apa kata arahkan jin-jin tersebut untuk menculik Dr Asri dan menyumbatnya di dalam penjara Kajang.

 

“Dengan cara ini Dr Asri akan berhenti dari terus menuduh kamu Syiah. Apakah kamu seorang penganut fahaman Syiah kerana sekiranya kamu Syiah sila buat pengakuan memandangkan semua kumpulan Syiah sedang mencari seorang presiden yang berbakat seperti anda” sindir beliau.

 

Zamihan sebelum ini mendakwa difitnah oleh Dr Asri berhubung isu Syiah sambil menengaskan Mufti Perlis itu akan dipertanggungjawab di akhirat kelak.

 

 

Zamihan sebelum ini mendakwa dirinya pernah menangkap hampir 4 ribu ekor jin ketika diminta untuk membantu mangsa yang dirasuk oleh makhluk halus itu.

 

Beliau ketika menyampaikan kuliah agama baru-baru ini turut berkata, pernah berdialog dengan kesemua jin tersebut ketika melakukan upacara permulihan tersebut. – SuaraTV

One thought on “Pengikut Ahli Sunnah Gesa Zamihan Seru Jin Culik Mufti Perlis

  • March 2, 2016 at 11:04 pm
    Permalink

    Dah sampai masanya JAKIM menghantar si Zamihan nie ke Tg Rambutan ini untuk diperiksa oleh seorang doktor2 di sana. Jiwa dia nie semakin kacau…!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.