NGO Serah Memorandum Desak Tun Mahathir Isytihar Harta Keluarga

PUTRAJAYA – Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP) membuat penyerahan memorandum kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi pengawal keselamatan Yayasan Kepimpinan Perdana bagi mendesak bekas perdana menteri itu mengisytiharkan harta keluarganya di dalam dan luar negara.

 

Presidennya, Ramesh Rao berkata, walaupun berasa kecewa kerana mendapat arahan tidak dibenarkan masuk ke dalam premis Yayasan terbabit, bagaimanapun memorandum tersebut tetap diserahkan kepada pihak sekuriti.

 

Ramesh mendakwa, pihaknya menghantar memorandum terbabit kerana menerima laporan bahawa Dr Mahathir memiliki sejumlah harta yang luar biasa nilainya di Argentina, Australia, Sydney, Langkawi dan Subang Jaya hasil pemerintahannya selama 22 tahun.

 

Menurutnya, seorang daripada penulis antarabangsa Barry Wain dalam bukunya ‘Malaysia Maverick : Mahathir Mohamad In Turbulent Times’ mendakwa Dr Mahahtir mempunyai harta bernilai berbilion di luar negara.

 

“Menerusi buku tersebut, Tun Mahathir mempunyai berbilion tapi langsung tidak menjawab samada mengambil tindakan tegas terhadap penulis buku ini.

 

“Selama 22 tahun, kenapa hanya diam? Bila bab Datuk Seri Najib dia suruh saman. Sepatutnya Tun saman penulis itu dulu dan kami akan desak Najib untuk saman Sarawak Report dan Wall Street Journal. Ini janji kami.

 

“Saya akan pastikan. Saya akan kejar Datuk Seri Najib dekat mana sahaja. (Tun Mahathir) jawab dahulu pertanyaan dalam memorandum ini  yang mengatakan harta beliau bernilai berbilion-bilion,” akhirinya. – SuaraTV.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.