‘Mee Lobster’ Tarik Perhatian Netizen

Kuala Lumpur – Keunikan restoran yang menghidangkan udang karang atau ‘lobster’ sebagai menu berjaya menarik perhatian pengguna media sosial.

 

Antara keunikan hidangan tersebut ialah harga yang dikenakan hanya RM25 dan disifatkan sebagai sangat murah menyebabkan ia viral di laman Facebbok.

 

Restoran Hase Ikan Bakar yang terletak di Damansara Damai itu berjaya menarik minat pengunjung apabila turut menyediakan beberapa jenis hidangan lain berasaskan ‘lobster’ seperti nasi goreng lobster, mee kuah lobster, mee bandung lobster, tomyam lobster dan banyak lagi.

 

Rata-rata pengguna laman sosial yang telah mencuba hidangan ini berpuas hati dengan harga yang berpatuttan itu.

 

“Saya baru makan malam tadi…sedap!! Kena pegi awal klo tak lobster habis” kata Yasmin Shukri.

 

“Waaah murah nya kat sini (saudi) mahal lah salad lobster saja 1 piring 160 reyal lebih  kurang sama mata wangnya 160 ringgit tuh” ujar Futri Cirebon pula. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.