Lesen Syarikat Tipu Jemaah Umrah Ditarik Balik

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menarik balik lesen outbound (pengembaraan luar negara) syarikat pelancongan yang menipu jemaah umrah dalam pakej ditawarkan.

 

Menterinya, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata pihaknya sudah menarik lesen outbound sebuah syarikat pelancongan dari Kedah atas kesalahan berkenaan.

 

Katanya, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatat 64 kes membabitkan nilai kerugian penipuan umrah sebanyak RM2.2 juta pada tahun 2014 dan 45 kes dengan kerugian bernilai RM2.4 juta pada tahun lalu.

 

“Data kementerian merekodkan 57 syarikat dikenakan tindakan atas kesalahan berkaitan umrah sejak tahun 2012 hingga tahun lalu, membabitkan kerugian sebanyak RM237,000.

 

“Malah, statistik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mendapati 1,478 kes berkaitan umrah diterima tahun lalu membabitkan anggaran kerugian RM6.8 juta,” katanya ketika berucap pada Persidangan Meja Bulat Imam Kebangsaan 2016 – Edisi Pelancongan Masjid, di sini, hari ini.

 

Beliau berkata, kementerian juga akan mengambil tindakan tegas ke atas syarikat pelancongan umrah yang gagal memastikan jemaah diinsuranskan. – Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.