Lebih Dua Bulan Hilang Di Mekah, Keluarga Yakin Nor Azimah Masih Hidup

KUALA LUMPUR – Lebih dua bulan, hanya interaksi bersama wakil Malaysia di Arab Saudi secara konsisten menjadi antara penguat semangat dan motivasi kepada keluarga Nor Azimah Ibrahim bahawa mangsa yang hilang di negara itu masih hidup.

 

Bapa mangsa Ibrahim Abdul Rahman, 54, berkata wakil Malaysia yang berkomunikasi dengan polis di negara itu akan menghubunginya sekurang-kurangnya setiap dua minggu sekali bagi memaklumkan perkembangan mengenai pencarian anaknya itu.

 

“Saya tidak putus doa dan berharap dia (Nor Azimah) ditemui selamat dan kembali ke pangkuan keluarga di Malaysia,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Selasa.

 

Bagaimanapun, katanya belum ada perkembangan positif setakat ini.

 

Ibrahim berkata anggota keluarganya juga tidak menerima sebarang panggilan daripada Nor Azimah sehingga kini.

 

Nor Azimah, 31, yang berasal dari Seksyen 30, Shah Alam, Selangor, berlepas ke Tanah Suci bersama ibu bapanya untuk mengerjakan umrah pada 11 Disember lepas dan dijadual pulang ke Malaysia pada 22 Disember.

 

Beliau dilaporkan hilang pada 19 Disember.

 

Pada hari kejadian, wanita itu berada dalam keadaan tidak sihat dan tidak mengikut ibu bapanya melakukan ziarah sebelum dilapor hilang ketika berada di Masjid an-Nabawi. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.