Video: Kritik UMNO, Muhyiddin Seperti Anjing Kata Nazri Aziz

Putrajaya – Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti anjing yang menggigit kaki tuannya kerana sering menyerang parti.

 

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu lagi, tindakan Muhyiddin menyebabkan UMNO sukar memberi bantuan dan perkhidmatan kepada rakyat.

 

 

“Kita nak buat kerja sebab rakyat lebih penting, jadi kita kena tumpu sebagai sebuah pasukan untuk membantu rakyat.

 

“Kalau Muhyiddin bersikap macam anjing asyik gigit kaki kita, susahlah,” katanya dalam sidang media, di Persidangan Meja Bulat Imam Kebangsaan 2016 Edisi Pelancongan Masjid, hari ini.

 

Jelas Nazri lagi, kenyataan Muhyiddin bahawa tindakannya mengkritik Najib kerana beliau takut kepada tuhan serta atas kepentingan rakyat juga meragukan dan boleh dipertikaikan.

 

“Kalau dia (Muhyiddin) kata dia buat atas kepentingan rakyat, dia fikir tuhan hantar dia ke bumi ini, seorang je untuk menjadi wakil rakyat? Saya wakil rakyat juga, Najib juga wakil rakyat. Takkanlah dia mewakili rakyat seluruh Malaysia.

 

“Kalau dia kata dia buat ini (kritikan terhadap Najib) sebab takut tuhan, jadi adakah dia hendak cakap kita tidak takut tuhan? Kita semua ini, saya, Najib, Zahid bukan Islam?” tegasnya.

 

Justeru, Ahli Parlimen Padang Rengas itu bercadang untuk membawa Muhyiddin ke Jawatankuasa Lembaga Disiplin UMNO.

 

“Saya nak usul bawa dia ke Lembaga Disiplin. Saya hendak cadang dia digantung jawatan, tetapi bukan keahlian,” katanya lagi.

One thought on “Video: Kritik UMNO, Muhyiddin Seperti Anjing Kata Nazri Aziz

  • February 23, 2016 at 9:10 pm
    Permalink

    Satu pandangan yg berani dan telus.If u cant work with the boss..u leave him unless 60% of them dont like the boss then we can petition him if otherwise u have to chart your political course.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.