Komik Spiderman dijual dengan harga RM1.9 juta

TEXAS – AMERIKA SYARIKAT. Sebuah rumah lelongan berpusat di Dallas berkata, senaskhah komik yang jarang ditemui dan menampilkan penampilan pertama Spiderman telah dijual dengan harga AS$454,100 (RM1.9 juta).

 

Buku komik tersebut dibeli oleh seorang pengumpul tanpa nama dan menurut Heritage Auctions, komik tersebut yang dijual pada Khamis adalah rekod tertinggi harga bagi rumah bidaan itu untuk lelongan awam buku komik Spiderman.

 

Komik edisi 1962, Amazing Fantasy No 15 digredkan dengan skor 9.4 dari skala 1 hingga 10.

 

Walter Yakoboski dari Long Island, New York telah membeli komik tersebut pada tahun 1980 dengan harga AS$1,200 (RM5,043).

 

Walter memberitahu AP minggu lalu bahawa dia membeli beberapa komik unik sebagai pelaburan.

 

Pada tahun 2011, pengumpul persendirian dilaporkan membayar lebih $1.1 juta (RM4.62 juta) untuk mendapatkan komik “Amazing Fantasy No 15”. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.