Kerajaan Perancis Janji Bela Nasib Anwar

KUALA LUMPUR – Pengerusi Otai Reformis, Saari Sungib membuat pertemuan dengan Kedutaan Perancis berkaitan isu pemenjaraan dan masalah kesihatan yang dialami bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Beliau berkata, selepas pertemuan itu, satu kesepakatan telah dicapai malah Kedutaan Perancis sedia membuat pertemuan secara tertutup dengan kerajaan Malaysia bagi membincangkan permasalahan tersebut.

 

“Kita terharu dimana sebuah Kerajaan Perancis (negara besar) sanggup memperjuangkan hak asasi manusia sekali gus menjanjikan bantuan.

 

“Mereka juga nyatakan akan berjumpa dengan kerajaan Malaysia secara tertutup,” katanya ketika ditemui di hadapan Kedutaan Perancis, petang tadi.

 

Saari turut mendakwa Kedutaan Perancis telah sedia maklum mengenai perkembangan Anwar dan amat memahami situasi yang dihadapi bekas ketua pembangkang itu.

 

Sementara itu, Otai Reformis kini dalam rangka usaha membawa isu Anwar ke setiap kedutaan asing di negara ini termasuk sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan Kedutaan Amerika Syarikat berkaitan isu yang sama. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.