Indonesia Letup & Karamkan 27 Bot Nelayan Asing, Termasuk Dari Malaysia

JAKARTA – Pemerintah Indonesia mengebom dan mengaramkan 27 bot asing dari pelbagai negara yang menceroboh perairan negara itu, pada Isnin.

 

Tindakan itu adalah sebahagian daripada kempen besar-besaran kerajaan Indonesia untuk mengekang penangkapan ikan secara haram yang melepasi sempadan lautnya.

 

“Bot-bot kosong dari Filipina, Vietnam, Malaysia dan Myanmar diletupkan dan ditenggelamkan di lima lokasi berasingan di seluruh negara.

 

“Pemerintah kini mengambil tindakan yang lebih drastik untuk menguatkuasakan peraturan bagi memastikan perairan Indonesia terus selamat,” kata Menteri Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastuti.

 

Sebelum ini banyak bot asing telah dikaramkan dalam usaha memerangi penangkapan ikan secara haram di perairan negara tersebut, yang menurut Presiden Joko Widodo amalan itu selama ini merugikan ekonomi Indonesia sehingga berbilion dolar.

 

Selain membabitkan kos yang tinggi saban tahun, usaha itu juga dilihat menaikkan ketegangan ke atas negara serantau.

 

Tahun lepas, China melahirkan kebimbangan selepas bot mereka diletupkan kerajaan Indonesia. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.