Imam Masjid Ditemui Mati dipukul

ROCHDALE : Imam masjid ditemui mati pada khamis lalu dipercayai dipukul ketika dalam perjalanan pulang kerumah.

 

Imam berkenaan yang dikenali Jalal Uddin Saab, 50 ditemui dalam keadaan berlumuran darah ditaman permainan berdekatan Masjid Jamek Jalali.

 

Pihak polis dipercayai menemui mayat seorang lelaki pada jam 9 malam, waktu tempatan dan ketika mayat ditemui, mangsa telah cedera parah dikepala.

 

Menurut polis, mangsa mungkin cedera akibat dipukul dan telah menyiasat kes ini sebagai kes pembunuhan.

 

“Buat masa ini kami menahan seorang suspek berusia 31 tahun, tetapi siasatan kami masih di peringkat awal,” katanya.

 

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif Yayasan Ramadan, Mohammed Shafiq meluahkan rasa kesalnya terhadap kes yang telah berlaku.

 

“Kami menggesa komuniti di Rochdale supaya terus bersatu dan bertenang.

 

“Kami juga mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan dan seluruh penduduk yang mengenali Jalal,” katanya.

 

Mohammed juga menasihati semua penduduk beragama Islam di bandar itu mengambil langkah berjaga-jaga susulan serangan berkenaan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.