Cindua Mato Mengangkat Budaya Minang

KUALA LUMPUR: Satu persembahan teater yang mengangkat budaya Minang di Malaysia bakal dipentaskan dengan mengangkat naskah Cindua Mato sebagai subjek utama.

 

Teater yang berkonsep Muzikal Randai ini, akan menengahkan elemen minang termasuk bahasa minang yang akan digunakan, namun hanya digunakan dalam puisi dan lagu didalam teater ini.

 

Menurut Ketua Pengarah jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara JKKN, Datuk Norliza Rofli, dalam satu sidang media hari ini, menyatakan pementasan kali ini adalah bertujuan untuk memastikan kesenian Randai ini dapat diperlihara.

 

“Pementasan ini ialah sebahagian daripada usaha untuk memastikan kelangsungan kesenian Randai dalam masyarakat moden bagi memastikan warisan negara ini dipertahankan untuk generasi akan dapat datang.” katanya.

 

Dalam pada itu, dari aspek pemilihan pelakon pula, kebanyakan yang melakonkan watak-watak dalam teater ini mempunyai perkaitan dengan etnik minang dan ini memudahkan proses latihan.

 

Menurut pengarah teater Cindau Mato, Loqman Ghani salah satu sebab Remy Ishak dipilih sebagai teraju utama teater ini adalah kerana keupayaan beliau dalam mengetengahkan bakatnya.

 

“Remy Ishak ini, dia tahu bagaimana untuk menjual bakatnya. tapi dia dengan bersungguh-sungguh menyatakan dia boleh bersilat, boleh bernyanyi dan boleh membuat aksi balik kuang.”

 

Berikutan itu, Remy Ishak yang mempunyai minat yang mendalam  terhadap budaya dan keseniaan di Malaysia membuatkan dirinya tertarik untuk melibatkan diri dalam teater ini.

 

“Secara jujurnya saya tidak pernah mengenali Cindua Mato ini, walaupun ada dalam internet, sebab saya banyak mengaji sejarah tanah melayu, Melaka dan sebagainya.

 

“Namun apabila diberitahu oleh Datuk Juhari dan abang Loqman, ketika saya menghadirkan diri ke Istana Budaya untuk melihat tater, tentang Cindua Mato, abang loqman masih tengah mencari watak utama, kemudian saya tanya abang Loqman ini cerita bagaimana?

 

“ni cerita pasal Epik, Period, kebudayaan, dan keseniaan orang-orang melayu. jadi benda ini amat kuat dalam diri saya kerana saya memang suka akan benda-benda kebudayaan dan keseniaan masyarakat melayu, Jadi walaupun jadual saya yang padat, tapi saya rasa berbesar hati dapat melibatkan diri dalam teater Cindua Mato ini kerana dengan pengaruh yang saya ada, saya harap dapat memanggil anak-anak muda untuk sama-sama mengenal budaya minang kabau yang da di Malaysia.” katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar tadi.

 

Teater Cindua Mato membariskan pelakon-pelakon popular tanah air seperti Remy Ishak, Azhan RAni, Dato’ Jalaluddin Hassan dan Dato’ Ahmad Tamimi Siregar  ini akan dipentaskan di panggung Sari Istana Budaya pada 25 sehingga 27 Mac dan tiket-tiket berharga dari RM25, RM55 dan RM85.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.