Video: Burung Kakaktua Mengamuk, Sangkar Kena Pijak

Seekor burung kakak tua mengamuk selepas melihat seorang lelaki yang dipercayai pemilik kepada burung itu memijak sangkarnya.

 

Kemarahan beremosi  yang ditunjukkan itu hampir sama seperti yang diekspresikan oleh seorang manusia.

 

Tindakan burung tersebut memarahi lelaki tersebut dengan mengeluarkan pelbagai kata-kata kecaman mendapat perhatian netizen.

 

 

Video yang berdurasi 0:1:18 itu mendapat like 11,848 dan 45,197 perkongsian dipercayai berlaku di luar negara berdasarkan loghat perbualaan lelaki tersebut.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati ramai yang memberi komen berasa takjub dengan aksi yang ditunjukkan oleh burung tersebut bagi mengekspresikan kemarahannya.

 

Ada yang menyifatkan tindakan lelaki tersebut sebagai sengaja melakukan tindakan tersebut bagi menunjukkan akan kehebatan burung pelihariaanya itu. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.