Bayi 10 Bulan Ditampar Pengasuh

Kuala Lumpur – Seorang bayi berusia 10 bulan dikatakan ditampar oleh pengasuhnya berulang kali di bahagian muka sehingga mengakibatkan lebam ketika ibu bapa bayi tersebut pergi bekerja.

 

Ibu kepada bayi yang diberi nama Nawra itu memuat naik status rasa sedihnya kerana meninggalkan anaknya itu untuk dijaga oleh pengasuh terbabit.

 

“Bersabarlah duhai hati, kuatlah duhai anak. Nawra sayang, maafkan ummi dan papa terpaksa meninggalkan Nawra dengan orang lain kerana pergi mencari rezeki.

 

Nawra sayang, maafkan ummi dan papa yang tidak pandai menilai orang. Kami fikir manusia berhati suci punya kasih dan sayang terhadap bayi sekecil Nawra. Segalanya nampak sempurna untukmu sayang.” tulisnya dengan rasa bersalah.

 

Ekoran daripada kejadian tersebut, ibunya mendakwa bahawa bayinya kini agak sukar untuk mendekati orang sekeliling terutama mereka yang tidak dikenalinya akibat trauma.

 

“Patutlah selama ini Nawra sangat takut dengan orang sekeliling. Langsung tak boleh berpindah tangan dari ummi dan papa, tak boleh sesiapa ambil dan dukung Nawra daripada kami.

 

“Kami maafkan pengasuh Nawra kerana dia juga punya anak sekecil kami sayang. Ummi tidak mahu dia hilang ibunya kerana ini. Ummi tidak mahu dia melalui hari-hari sepertimu, takut tanpa ibunya di sisi,” ujarnya lagi.

 

Susulan daripada kejadian tersebut, rata-rata netizen melahirkan rasa simpati terhadap bayi tersebut.

 

“Kenapalah kejam pada bayi sekecil itu kalau nak tamparlah org sebaya awak kalau berani” katanya dalam komen yang dimuat naik,” kata Ruslinda Mohd Rose.

 

“x tau nk ckp ape.. xde perasaan belas ke dlm diri pengasuh ni.. xde rase kasih syg ke…. moga Allah mbalas dgn balasan yg setimpal.. aaminn” ujar Cik Puan Idah pula – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.