7,000 Ribu Rakyat Malaysia Mahu Murtad

Kuala Lumpur – Kira-kira 7,000 orang dilaporkan berada dalam dilema akibat status agama dalam dokumen rasmi pengenalan diri mereka.

 

Ia merujuk kepada mereka yang didokumentasikan sebagai beragama Islam namun mengamalkan cara hidup Hindu kerana tidak dapat mengubah status mereka.

 

Menurut Presiden Hindu Sangam Malaysia (MHS) Datuk R.S. Mohan Shan, masalah itu meluas di seluruh Semenanjung dan melibatkan individu yang kebanyakannya berpendapatan rendah yang mengamalkan agama Hindu tetapi didokumenkan sebagai Muslim, lapor Malaysian Insider.

 

Justeru lapan kumpulan pertubuhan Hindu kebangsaan melalui satu pasukan petugas dikenali Hindu Conversion Action Team mengambil langkah untuk membawa masalah itu kepada perhatian perdana menteri.

 

Daripada jumlah itu, kebanyakan adalah mereka yang didaftarkan sebagai Islam oleh ibu bapa mualaf selain mereka yang tersilap didaftarkan sebagai Islam oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

 

“Mereka ini takut membawa kes mereka ke mahkamah manakala selebihnya tidak mempunyai cara mengetengahkan masalah mereka dan menaruh harapan kepada kes Indira dan Deepa.
“Tetapi keputusan mahkamah itu memberikan masa depan yang suram kepada mereka yang sukar boleh meneruskan kehidupan kerana status agama mereka,” katanya.

 

Mohan juga menyampaikan rasa kesal terhadap kesilapan perkeranian pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) sehingga menyebabkan penganut Hindu diisytiharkan sebagai Muslim.

 

“Ada juga yang mendapat tahu agama mereka didaftarkan sebagai Islam dalam kad pengenalan sedangkan mereka bukan Muslim.

 

“Jelas sekali, kes seperti ini adalah disebabkan kesilapan manusia, tetapi KDN tidak menguruskannya, sebaliknya meminta mereka yang terjejas pergi ke Mahkamah Syariah untuk menyelesaikannya.

 

“Mengapa mereka perlu pergi ke Mahkamah Syariah sedangkan mereka bukan Muslim?” soal Mohan lagi.

 

Manakala, Penasihat Pertubuhan Belia Hindu Selangor Arun Dorasamy pula menyatakan pasukan sudah merekod 500 kes secara rasmi dan angka 7,000 itu adalah unjuran berdasarkan pertanyaan dan maklum balas yang diterima 8 NGO yang terlibat.

 

Katanya, kegagalan sistem ini menyebabkan penganut Hindu tidak dapat hidup mengikut pilihan agama mereka dan diisytiharkan Muslim walaupun tidak pernah mengamalkan atau mengetahui apa-apa mengenai ajaran itu.

 

“Kami akan bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dan memberi jaminan akan membawa mereka bertemu Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara itu,” katanya.

 

Arun juga mengharapkan supaya pihaknya dapat Najib dan mendedahkan kepadanya mengenai penganut Hindu yang bertukar agama kerana isu dokumentasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.