Video: Rakaman Audio Mat Sabu Mahu Gulingkan Hadi Awang?

Kuala Lumpur – Sebuah rakaman audio kini disebarkan di media sosial yang mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu cuba mengguling Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden.

 

Laman Facebook Tuc Tok Usin Ceroi mendakwa audio itu sebagai usaha Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu untuk memburuk-burukkan Hadi.

 

 

Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan, Fadhli Ramli sebelum ini berkata, Pas kini dikuasai komplot jahat merancang strategi menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepimpinan ulama.

 

 

Katanya, komplot itu yang didakwa didalangi anasir-anasir jahat dalam Pakatan Pembangkang kini sedang rancak menaman kebencian terhadap Abdul Hadi dan kepimpinan ulama.

 

Fadhli berkata, kumpulan tersebut turut menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan, Pasma bagi menyusun strategi memecah kesatuan dalam kalangan ahli Pas.

 

Malahan, tambah beliau, kumpulan berkenaan juga dikatakan mensabotaj setiap keputusan yang dibuat oleh Abdul Hadi dan Majlis Syura Ulamak.

 

“Kebimbangan ini berdasarkan bukti yang diperolehi yang menyatakan komplot ini menguasai lebih separuh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat sehingga berjaya mensabotaj keputusan parti dan menjadikan presiden seperti boneka.

 

“Kami mendesak mereka yang terlibat dengan komplot ini meletakkan jawatan. Kami dengan penuh tanggungjawab menamakan Dr. Hatta Ramli sebagai pemimpin kanan yang terlibat dalam komplot jahat ini,” kata Fadhli.

 

Perhimpunan itu diadakan sejurus sebelum kepimpinan Pas Pusat mengadakan mesyuarat mereka pagi ini. Abdul Hadi dilihat hadir kira-kira pada pukul 9.15 pagi.

 

Kepimpinan pakatan pembangkang turut dijadual mengadakan mesyuarat di ibu pejabat Pas di sini pada sebelah petang nanti.

 

Sementara itu Pas negeri Johor meminta satu siasatan yang telus dijalankan berhubung dakwaan yang mengaitkan Mohamad Sabu dan Dr. Mohd. Hatta Ramli.

 

Pesuruhjayanya, Aminolhuda Hassan berkata, sekiranya siasatan oleh Lembaga Disiplin parti mendapati dakwaan itu adalah benar, maka tindakan ke atas Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan Mohd. Hatta boleh diambil mengikut Perlembagaan parti.

 

“Seharusnya satu siasatan yang telus dijalankan bagi membuktikan dakwaan itu. Satu tuduhan itu tidak boleh dijatuhkan benar selagi tidak dibuktikan.

 

“Sekiranya benar dakwaan itu, barulah tindakan selanjutnya boleh diambil mengikut Perlembagaan parti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

 

Aminolhuda berkata, kedudukan Mat Sabu sebagai pemimpin tertinggi parti itu boleh ditentukan menerusi Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 tahun yang akan berlangsung di Kuala Selangor, Selangor pada Jun ini.

 

Sementara itu, katanya, kedudukan Mohd. Hatta pula diserahkan kepada Abdul Hadi dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

 

“Jawatan Timbalan Presiden dipilih menerusi muktamar. Maka, biarlah muktamar yang tentukan kedudukan beliau selepas ini.

 

“Bagi Mohd. Hatta, jawatan sebagai Pengarah Pilihanraya Pas adalah di bawah kuasa Presiden manakala bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas, biarlah muktamar yang tentukan,” katanya.

2 thoughts on “Video: Rakaman Audio Mat Sabu Mahu Gulingkan Hadi Awang?

  • February 24, 2015 at 5:02 pm
    Permalink

    Adalah perkara biasa dalam pertubuhan politik…orang no 2 atau 3,4,5..dan bawahan…berusaha untuk menjatuhkan orang no 1…kerana kuasa dan habuan yang menanti…lebih lebih lagi parti yg dapat menguasai sesyatu bahagian..negeri dan dapat memerintah..Tak perlulah heboh…memee!!!! POLITIK.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.