Video: Lelaki Di Tetak Di Sebuah Pasaraya Di Klang

Klang – Kejadian itu bagaikan seperti aksi dalam filem apabila mangsa diserang di tengah orang ramai di hadapan panggung wayang menggunakan parang,” kata saksi kejadian yang enggan dikenali menceritakan kejadian seorang lelaki warga asing berusia 31 tahun parah ditetak di sebuah pasar raya, Jumaat lalu.

 

Saksi, pengawal keselamatan di situ berkata, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran mulut antara dua kumpulan berkenaan sebelum ia berakhir di hadapan panggung wayang apabila mangsa ditetak.

 

 

“Mangsa berlari ke arah orang ramai bagi mengelak diserang suspek, namun suspek bertindak berani menetak mangsa manakala rakan mangsa melarikan diri,” katanya.

 

Difahamkan, dua kumpulan berkenaan sebelum itu bertengkar di pusat karaoke dan berlarutan hingga di hadapan panggung wayang di pusat beli-belah berkenaan.

 

Dua kumpulan terbabit dikatakan bersedia untuk bergaduh, malah suspek berusia 30-an turut membawa parang ketika mengadakan perbincangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.