Tunjuk Perasaan Tuntut Lumpia Semarang, Sungguh Memalukan – Chef Wan

Kuala Lumpur – Isu tuntutan ke atas makanan bernama Lumpia Semarang atau popiah turut mendapat reaksi chef selebriti terkemuka negara, Datuk Chef Wan yang menyelar tindakan yang dilakukan oleh segelintir rakyat negara jiran yang mendakwa ia adakah resepi ciptaan serta warisan mereka.

 

Menerusi akaun Instagram miliknya, Chef Wan mengatakan adalah sukar apabila terdapat manusia yang memiliki akal fikiran yang cetek serta pendek.

 

Beliau berpandangan kebanyakan mereka yang melakukan protes berkenaan tidak pernah ke luar negara dan berkesempatan melihat popiah atau spring roll yang mereka kenali sebagai Lumpia Semarang itu berada di serata dunia dan direka sejak zaman-berzaman dengan menggunakan pelbagai nama.

 

Beliau berkata, dari negara China hingga Filipina, juadah yang mereka panggil Lumpia sehinggalah ke Mexico yang diberi nama Chimicanga dan macam-macam lagi.

 

“Ideanya adalah sama iaitu makanan yang dibalut dan digolong lalu digoreng.

 

“Di Thailand mahupun Vietnam turut mempunyai spring roll versi mereka sendiri dan tidak pula mereka itu menyalak ke negara Asing seperti yang Indonesia lakukan.

 

“Sungguh memalukan. Tidak ada isu lain ke hendak mencari pasal?

 

“Sudahlah dunia di luar kecoh dengan orang bergaduh disebabkan pelbagai isu dan Allah turunkan makanan enak-enak supaya kita menjamu serta bergembira dan bersahabat bukannya suruh berperang.

 

“Islam ke orang-orang macam itu,” soal beliau.

 

Semalam, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz turut meminta Indonesia supaya menutup mulut dan berhenti membuat tuntutan ke atas Lumpia Semarang dan mendakwa Malaysia mahu mengisytiharkan ia sebagai milik warisan negera ini.

 

Isu tuntutan berkenaan tiba-tiba dibangkitkan media Indonesia semalam apabila satu tunjuk perasaan secara aman diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

 

Bu Me Me yang dilaporkan mendakwa sebagai generasi kelima pasangan yang mencipta hidangan berkenaan di Indonesia mengetuai protes berkenaan yang meminta Malaysia menarik balik tuntut pemilikan ke atas Lumpia Semarang.

One thought on “Tunjuk Perasaan Tuntut Lumpia Semarang, Sungguh Memalukan – Chef Wan

  • February 25, 2015 at 1:24 pm
    Permalink

    Biarkan siLuncai terjun dengan labu-labunya. Dah tak ada isu lain ke? Nak cari makan pun cari Malaysia; nak cari gaduh pun cari Malaysia.
    Aduhai tetangga…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.