Tukang Jahit Jumpa Bom Mortar Di Belakang Kedai

Pasir Mas – Seorang tukang jahit menjumpai sebutir bom lama dipercayai jenis Mortar di belakang kedai miliknya di Kampung Wakaf Merah di sini, hari ini.

 

Wan Mawardi Wan Mohamad, 31, berkata beliau menjumpai bom berkenaan ketika sedang melakukan kerja pembersihan di kawasan belakang kedainya pada kira-kira  10 pagi.

 

“Ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di belakang kedai, saya menemukan satu objek yang berada dalam keadaan tertanam.

 

“Pada mulanya saya ingatkan objek itu adalah ekzos motosikal, saya kemudiannya mengangkat objek tersebut dan mendapati ia adalah sebutir bom,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

 

Wan Mawardi berkata beliau kemudiannya menghubungi pihak polis untuk memaklumkan mengenai penemuan itu.

 

Sementara itu Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Halilludin Rahim ketika dihubungi berkata bom tersebut diserahkan kepada Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan untuk tindakan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.