PRN Sarawak: DAP Taruh 30 Kerusi

Kuching – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Sarawak, Stephen Rundi, sedia berdepan dengan Parti Tindakan Democratik (DAP) yang akan menempatkan beberapa kerusi dalam pilihan raya negeri akan datang (PRN).

 

ā€œSetiap parti bebas menentukan jumlah kerusi yang akan ditandingi, menang atau tidak, pengundi yang tentukan,ā€ katanya membalas pengumuman DAP yang pertaruhkan 30 kerusi dalam PRN akan datang.

 

Manakala, Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen pula menjelaskan langkah yang diambil itu sebagai membantu mengurangkan beban Pakatan Rakyat (PR) dalam PRN.

 

Beliau mengesahkan 30 kerusi itu adalah daripada 71 kerusi sedia ada, tidak termasuk 11 kerusi baharu yang akan dimasukkan menjadikan 82 kerusi kesemuanya.

 

Manakala, difahamkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding di beberapa kawasan luar bandar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.